Wednesday 16 May 2012

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengar dan hayatilah wahai insan bernama wanita…..

Imam Nawawi pernah berkata “Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.” Aku harus mencintaimu insan yang mencintai agamanya, di dalam hatinya telah terisi dengan imam dan dia mampu membimbingku ke jalan ilahi.

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” (Surah al-Nur, ayat 26)

“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu.” (Riwayat Muslim)




Wednesday 9 May 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Kadang- kadang kita terlalu taksub dengan cinta sesama manusia sehingga kita terlupa cinta kita kepada Allah ... Semoga Allah sentiasa memberi kita hidayah dan petunjuk agar tidak terus terleka... :)

Monday 7 May 2012

Ke Jasin, Melaka menemani suami Tournament Mountainbike. 28 - 29/04/2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Kami bergerak dari Kuala Lumpur dalam pukul 11.00 pagi. Tiba di Jasin dalampukul 4.30ptg... Husband nak daftar diri dan nak ambil godies bag.



Penyertaan riders adalah seramai 2650... Husband sudah training... tawakal sahaja... saya sentiasa bagi support..! Kami bermalam di Homestay Jasin.


Starting point di IPD Jasin, Melaka.




Husband dapat medal Perak daripada 2650 riders husband dapat nopmbor 126.. so medal perak.. 1-100 emas, 101-200 perak, 201- 300 gangsa dan yang lain warna hijau.. Sangat membanggakan! Tahniah!



Ini antara cabutan bertuah... husband dapat Jersy


Ingat dapat bicycle bernilai rm10000, tapi dapat jercy... tak apa jercy pun best... hadiah cabutan bertuah ada dalam 300 hadiah... semuanya menarik..



Inilah penganjur JASIN S2H JAMBOREE 2012... bukan sahaj penyertaan dalam Malaysia tapi ianya melibatkan dari negara luar seperti Jerman, Indonesia dan singapore. 









Mama duk dalam kereta sebab dah penat.. sekarang pregnant nak masuk 9 bulan..





TIADA JALAN YANG PALING BAIK SELAIN JALAN UNTUK MENDEKATI ALLAH



Assalamualaikum...


TERKADANG JIWA TERGERAK KERANA SATU DORONGAN TERTENTU, SEDANGKAN IA MEMPUNYAI KUNCI UNTUK MEMBUKA BELENGGU YANG MENGIKATNYA.

Tahukah anda apa bahagia itu? Adakah ia terletak pada harta yang banyak atau jawatan yang tinggi? Untuk menjawab soalan ini, eloklah kita cuba perhatikan keadaan wanita berikut :

Pasangan suami isteri sedang bertengkar amat sengit, si suami berkata : "Aku akan buat engkau susah!" Si isteri menjawab dengan tenang : "Anda tidak akan mampu." Suaminya berkata : "Mengapa tidak?" Si isteri menjawab : "Jika kebahagiaan terletak pada harta, maka anda boleh menahannya dariku. Jika kebahagiaan terletak pada perhiasan, maka anda boleh menghalangnya supaya tidak sampai kepadaku. Kebahagiaan itu bukan pada apa yang anda miliki, atau yang dimiliki manusia lainnya. Tetapi kebahagian itu akan temukan pada keimananku di dalam hati. Dan hatiku tidak ada yang boleh menguasai kecuali tuhanku."

Benar! itulah kebahagiaan yang sebenar, yakni kebahagiaan iman. Tidak ada yang merasakannya kecuali orang yang hatinya, jiwanya dam fikirannya mengalirkan cinta kepada Allah. Yang mempunyai kebahagiaan sejati adalah Dia yang Maha Esa, maka mohonlah kebahagiaan dariNya dengan ketaatan.

Tidak ada cara untuk memperolehi kebahagiaan melainkan dengan mengikuti ajaran agama yang benar, iaitu agama yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w. Sesiapa mengetahui jalan ini, maka tidak akan jadi masalah baginya sama ada tidur di dalam pondok, berbantalkan jerami atau hanya makan sepotong roti, tetapi ia menikmati dan bahagia di dunia.

Orang-orang yang melencong dari jalan ini, maka hari-harinya akan dihiasi dengan kesedihan , hartanya akan menjadi beban, amal perbuatannya kan merugikan, dan hujungya ia tercampak dalam keadaan terhina.

Pedoman Hidup

Memang tidak dinafikan harta perlu untuk menjalani hidup, tetapi kita hidup di dunia bukanlah semata-mata mencari harta.
"Ya Allah sesungguhnya aku memohon afiat dan kesihatan, anak yang soleh dan solehah, anak yang baik, anak yang berjaya di dunia dan akhirat, semoga kami tergolong di kalangan hambamu yang soleh dan solehah... amiin..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...