Wednesday 27 June 2012

Mencari Penawar Duka, Pengubat Sengsara

بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?
Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)
Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.
Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.
Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).
Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.
Mengelakkan Bala
Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.
Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).
Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.
Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.
Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

Monday 25 June 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ANAK-ANAKKU

بسم الله الرحمن الرحيم

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 anak-anakku iaitu Nurbalqis Qarirah Tahun 2 dan Muhammad Aqil Tahun 1, telah pun aku dan suamiku ambil pada 23 Mei 2012... Alhamdulillah... Syukur....


Kami sentiasa berusaha dan berdoa agar anak-ankku menjadi anak yang soleh dan solehah juga berjaya di dunia dan di akhirat... Moga next exam ada peningkatan dari segi peratus keseluruhannya.... amiin....


Ini keputusan kakak Nurbalqis Qarirah...


Ini kakak Nurbalqis Qarirah.

Di bawah ni pula, Muhammad Aqil diapit oleh ustazah-ustazahnya semasa sesi mengambil report card di Sekolah Rendah Agama Tahfiz Darul Furqan.



Ini keputusan Muhammad Aqil...


Thursday 21 June 2012

SOLEH IN : TANGGUH SOLAT


بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan Di Tangguh
Waktu Solatmu
Bila tiba waktunya
Bersolat itu kewajipan kita
Sebagai hamba
Istiqamah dalam menunaikannya
Ingatlah Allah Yang Maha Kuasa
Tiada Tuhan yang Disembah melainkanNya

Tiada Lagi
Tiada Nanti nanti
Tiada Lagi Alasan Untuk Kamu (tunaikan solatmu)
Tiada Lagi nanti dapat menunaikan solatmu
Dimana waktu itu sakit datang mahu menjemput

Bersolat itu (bersolat itu)
Membersihkan diri dalam mencari jalanNya
Inilah jalan yang membawamu kebaikan
Bukan jalan yang membinasakan
Oh pintalah syurga yang indah dan bahagia
Bukan neraka yang sakit dan menyiksakan

Tiada Lagi
Tiada Nanti nanti
Tiada Lagi Alasan Untuk Kamu (Tunaikan Solatmu)
Tiada lagi nanti diterima taubatmu
Dimana waktu itu pintu taubat telah tertutup

Tiada (Lagi)
Tiada (Lagi)

Tiada Lagi
Tiada Nanti nanti
Tiada Lagi Alasan Untuk Kamu (Tunaikan Solatmu)
Tiada lagi nanti diterima taubatmu
Dimana waktu itu pintu taubat telah tertutup

Tiada Lagi
Tiada Nanti nanti

AllahuRabbi

Tiada lagi nanti diterima taubatmu
Dimana waktu itu pintu taubat telah tertutup

Sunday 10 June 2012

LAHIRNYA CAHAYA MATAKU YANG KE 4... 27 MEI 2012, 5.39pagi... ALHAMDULILLAH...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.... pada awal pagi 27 Mei 2012 dalam pukul 1.00pg, suamiku telah membawaku ke Hospital Selayang.. sebab dah satu hari aku turun darah tapi aku fikir lambat lagi mungkin pada fikiranku belum buka banyak lagi... aku takut duk lama-lama kat hospital... jadi aku bersetuju dengan cadangan suamiku agar pergi ke hospital, risau sejarah bersalin dalam kereta berulang lagi... 

Sampai sahaja di hospital, aku minta agar doktor perempuan islam yang cek... rezeki ada doktor perempuan... cek-cek dah buka 3cm... aku x rasa sakit pun, sakit sikit-sikit je... jadi aku kene duk kat wad... suamiku memandang ke arahku... dari matanya aku boleh rasakan sesuatu... aku rasa hiba, sedih dan macam-macam perasaan... seolah-olah aku mahu pergi jauh... suamiku menghantar kelengkapanku di katilku... suamiku kene balik ke rumah kerana tiada sesiapa yang menjaga anak-anakku di rumah... aku cakap "x pelah abang balik dulu, nanti ayang dah masuk labour room ayang cepat-cepat coll abang, abang datang cepat"... aku minta ampun kepada suamiku dari hujung rambut hingga hujung kaki, berkali-kali ku ucapkan kata-kata itu.... aku minta suamiku doakan aku agar segera dan cepat bersalin... aku x nak duk lama-lama kat hospital... aku nak balik rumah cepat... 

Pada pukul 5.00 pagi aku dah rasa sakit sangat, kebetulan ada doktor perempuan masuk, dia tengok aku & dia cakap, dah x tahan sakit ke? aku cakap, ye doktor, saya nak masuk labour room... dia cek aku, dah buke 8cm... aku sempat coll suamiku agar datang ke hospital sebab aku dah nak bersalin... cepat-cepat nurse bawe aku ke labour room, die suruh aku tarik nafas banyak kali... 

Pukul 5.15pg, 27 Mei 2012 aku berada di labour room.... aku banyak-banyak kan berzikir, x lekang mulutku menyebut kalimah-kalimah suci agar aku sentiasa tabah dan kuat serta aku berdoa agar Allah permudahkan perjalananku untuk bersalin... dalam saat-saatku menahan sakit yang teramat aku sempat minta air kosong sebab aku cakap tekak aku dahaga, mulut ku x henti-henti menyebut kalimah-kalimah Allah, Maha Suci Allah... Allah Akbar...

Tepat jam 5.39pg 27 Mei 2012,  lahirlah seorang insan perempuan yang ku beri nama NURUL ZAKIRAH yang memberi erti CAHAYA, YANG BERZIKIR, YANG MENGINGATI ALLAH... aku x henti-henti melafazkan kalimah ALHAMDULILLAH.... syukur yang teramat sangat... berat baby aku 3.5kg, tinggiunya 55cm... beratnye baby mama.... Alhamdulillah..... suamiku x sempat melihat aku bersalin... aku dah bersalin baru suamiku sampai.... suamuku masuk aku cakap, abang mama dah bersalin.... suamiku senyum dan cakap Alhamdulillah... dan suamiku terus mengazankan dan qomatkan anak ku....

Suamiku cakap, AYANG TERIMA KASIH SEBAB LAHIRKAN ANAK ABANG..... aku terus senyum dan secara aku x perasan air mataku mengalir tanda syukur..... Kami akan didik anak-anak kami berladaskan syariat yang dituntut oleh Allah.... Semoga Allah permudahkan urusan kami.... amiin..... Terima kasih Allah, kerana Engkau kurniakan aku suami yang boleh membimbingku ke jalan yang Benar.... Alhamdulillah...


baby lahir jam 5.39pagi pada 27 Mei 2012 berat 3.5kg tinggi 55cm

seronoknye abang dan kaka-kakak dia bila dah dapat adik... tengoklah tu... 


Baby nama Nurul Zakirah binti Muhammad Shahril, masuk 2 minggu ni beratnya nak dekat 5kg... tembamnye baby mama....


Tengoklah aksi baby baru ku... comel x mase baby ni tidur...? Comelkan.....










Gerammmm nye mama... nak cium selalu......










dah nangis dah... kuat juga ye suara baby mama ni...








happynye papa... dapat baby girl lagi... ni mase kat hospital katil mama...



Yang ini buah hati adik saya si Aidil nama die Iris x silap baru 6 ke 7 bulan... x ingatlah umur Iris...


Ini kakak kepada Iris nama die Iman... baru 3 tahun... Mereka datang melawat baby Nurul Zakirah...


ni gambar pada hari ini, mai, mia dan suaminye datang rumahku untuk melawat baby ku dan aku.... tgklah aksi anak mai, suke kiss baby nurul zakirah... 



inilah anak kesayangan puan Maisarah binti Daut....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...