Saturday 16 February 2013

بسم الله الرحمن الرحي
 
Assalamualaikum.....
 
Kakak dan Aqil minta pada kami nak join Seni mempertahankan diri iaitu Taekwando... Kami fikir bagus juga selain boleh berlajar ilmu mempertahankan diri ianya juga dapat menaikan keyakinan diri anak-anak kami... minggu lepas lagi kakak dan Aqil dah mula berlatih, minggu ni latihan yang ke dua buat mereka... Eloklah tu, abi pandai silat anak-anak pandai taekwando, ummi pandai jaga rumah, anak-anak dan abi sekalilah...  Pas ni boleh jadi bodyguard ummi lah... hehehe....
 
 INTERNATIONAL TAEKWANDO FEDERATION

 Gambar ni masa kakak dan Aqil baru balik dari latihan...
Selepas latihan mesti nak tunjuk kat ummi dan abilah... Harusss...


 Abi pembakar semangat anak-anak...

 

PERCUTIAN DI PRIMULA, KUALA TERENGGANU

بسم الله الرحمن الرحي

Assalamualaikum....
Pada 09-11/02/2013 yang lalu kami sekeluarga pergi bercuti di Terengganu. Kami memilih Hotel Primula untuk bermalam. Saya booking hotel tersebut, pada bulan 12 lagi melalui booking.com. Kami bergerak dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 08/02/2013 selepas isya'. Ini kerena, kami mahu mengelak jem.  Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan sangat seronok. Dalam perjalanan itu, kami banyak kali berhenti memandangkan suami mengantuk, saya nak drive tapi suami tak bagi, sebab dia cakap saya tak biasa dengan jalan ni, jadi saya jadi co-pilot ajalah... saya banyak borak dengan suami, berhenti minum dan suami tidur dalam satu jam. Anak-anak kami lepas dua jam perjalanan memang dah tidur semuanya. Subuh dan sarapan pagi kami di Terengganu, kami tiba di Terengganu pada pukul 5.30 pagi.
Kami check in pada pukul 10.00 pagi. Kami memilih bilik mengadap laut dan swimming pool... Wow, sangat cantik! Subhanallah... Merenung jauh saya, bila memandang ombak dengan angin yang kuat dan laut yang sangat luas.... Terpegun melihat ciptaan Illahi... Macam-macam saya fikirkan bila melihat laut dengan ombak yang kuat... Lalu saya terus kemaskan barang dal beg dan susun dalam almari... suami terus terbaring atas katil untuk lepaskan penat... anak-anak terus minta kami turun untuk mandi dalam swimming pool.. Seronok saya melihat keletah anak saya.. Selain anak-anak dapat mandi dalam swimming pool mereka juga mandi laut, berbasikal sekitar pantai, pergi Tamadun Islam, berjalan-jalan sekitar Kuala Terengganu, makan-makan dan pelbagai lagi. Pemandangan sekitar hotel juga sangat cantik. Saya dan suami juga sangat seronok bila dapat bercuti bersama anak-anak... Saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang bahagia.... Semoga Allah memberkatinya.... Hmmm.... nanti cuti bulan lima ni nak pergi mana pula ye...???

Kami memang suka bergambar... Sampai je kt bilik.... barang-barang lom di susun dalam almari perkara no satu ialah sesi bergambar dan berposing... ye lah nak simpan kenangan manis kami dalam bentuk gambar... hihi




anak-anak dah tukar baju, mrk ingt nak terus mandi kt swimming pool tp... ummi dia nak ajak abinye g pasar payang dulu... so anak-anak ummi kene ikutlah...


tengolak aksi anak-anak kami.. dr segi gaya je memang seronok sangatlah tu....


ni anak saya yang bongsu... baru berusia 8 bulan lebih...







 tempat riadah nye memang saya puji,memang best... suasana sekitar pun cantik....








adik nurul pun mandi....






 awal pagi mrk dah turun ke laut... tengok laut dan ombak...




 kami duduk di tingkat 8 view memang cantik. mengadap laut dan swimming pool.






 Ni pemandangan di luar Primula Beach Hotel.


 Sekarang kami on the way ke Taman Tamadun Islam...



 Hubby aktiviti wajib ialah bersama basikal kesayangannya...













Minum petang di water front kuala terengganu..
 




Dah balik hotel... bergambar dilobby hotel.


 Ni on the way blik ke k.lumpur, singgah jap Cherating.


 Hubby ngah pujuk kakak, sebab kakak nak mandi tp abi cakap tak yahlah sebab nanti lambat sampai k.l takut jemmm.....



 yang kat belakang tu bukan matahari tp... api di kawasan petroleum petronas, Paka Terengganu.
Suspen je kan....

 Berapi dah kepala abi....

main cak2...
 Alhamdulillah.. percutian bersama keluarga tercinta berakhir untuk sesi raya cina... nanti akan menyusul percutian akan datang... Kami tiba di Kuala Lumpur pada pukul 10.00 malam...

wassalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...