Thursday 30 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013... TERIMA KASIH ANAK DIDIK KU....

بسم الله الرحمن الرحي

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Tiada madah atau kata yang boleh ku ungkapkan.... air mata sedih terharu dan gembira di Majlis Hari Guru.... Cikgu doakan agar kalian berjaya di dunia dan juga di akhirat.... Gambar ini akan cikgu simpan untuk dijadikan kenangan...











 Semasa latihan : Lagu "Terima Kasih Guruku"
Persembahan daripada gabungan kelas 4MPV & 5MPV.... Anda memang berani!!












Thanks reading this entry...

Friday 17 May 2013

TEAM BUILDING GURU SMK LEMBAH KERAMAT, KUALA LUMPUR (PERASA) - FELDA RESIDENT TROLAK, SUNGKAI PERAK

بسم الله الرحمن الرحي

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Pada 11 Mei - 12 Mei 2013 yang lepas, saya dan guru-guru SMK Lembah Keramat pergi ke Felda Resident Trolak, Sungkai Perak. Kami ke sana kerana menghadiri kursus Team Building (PERASA). Kami pergi menaiki kereta secara 'car pool.' Saya sangat seronok dan teruja sebab memikirkan apakah aktiviti yang akan kami lalui di sana.... Saya tahu, objektifnya adalah mahu mengeratkan hubungan antara guru-guru seterusnya mahu mewujudkan kerja secara berpasukan... Guru di SMKLK sudah dikenali dengan kerja berpasukan ataupun 'team work'... Kursus ini juga banyak mengurangkan dan melupakan tekanan kerja di sekolah... memang seronok dan pecah perut apabila teringat kembali moment2 gelagat guru-guru.... termasuklah orang yang menulis nih... kihkihkih... 

 Illustrator : Amysu, dilla, Tim-Tim & Wawa.... Cun tak???
 Semasa sesi taklimat dan kenal diri melalui warna.... kihkihkih
Dari hujung : Tim-Tim, Wawa, Amysu dan saya.

Kami ( Tim-Tim, Amysu, Wawa dan saya ) tiba pada pukul 10.45 pagi, terus daftar, kami terlewat 15minit sebab tersesat, pada awalnya buat-buat sesat (" ") rupanya memang betul sesat.... itupun setelah Pen. Kanan Kokurikulum coll, Pn. Lela cakap jalan kami salah... terus kami berempat gelak... (sebab kami gelak.....x boleh cakap....) kihkihkih... nakal gak kan... :)

Alhamdulillah... sampai juga ke destinasi sebenar, terus kami duduk dengar taklimat dan slot pertama ialah kenal diri melalui warna.... ada 100 soalan yang perlu dijawab dalam 7-10minit... hmm.. berhempas jugaklah.... macam ada yang tak faham soalan tapi saya jawab jugalah..... guru yang menyetai program ni hampir 70 orang rasanya.... ada yang bawa famili... program ni satukan dengan program 'famili day.'  Pukul 12.15 tgh kami makan tengah hari, bila dah lapar semuanya sedap... tapi makan kat situ hmm boleh tahan juga lah.... Selesai makan kami terus chek in.... terus solat zohor dan asar (jama'). Pukul 2 petang masuk semula ke dewan tadi... Malam pukul 8.30 - 12.00 juga ada slot PERASA.

                          Rakan 1 bilik : Asmah, Yati & saya (yang berbaju oren tu kak Aishah..)

Gagah perkasa sebelah kiri Ustaz Sanusi dan yang di sebelah tu cikgu Hafiz 





 Pada malam tu antara aktiviti kami membawa botol air meneral dengan sehelai ketas tanpa jatuh.... Semua kumpulan berjaya!!
                                                          Ini kumpulan saya : ALAMANDA!! caiyokk!!


                                                                   Tengok tu tak jatuh kan??kihkihkih

Ini peserta Final untuk kiraan sifir tujuh dan gandaan Tujuh... memang mencabar dan berdebar... peserta akhir : Saya, Amysu, Azmahani dan Samsuria....


 Inilah pemenangnya.... Samsuria... Ia di angkat dan diarak keliling dewan bagaikan Sultan! RAJA BOTOL!! (Itulah gelarannya yang diberi oleh fasilitator kami)


Seronok + malu Suria.... kihkihkih

 Selain itu kami juga ada berkunjung ke Hot Spring Felda Resident, Trolak... Tiket masuk kami RM12.00 satu kepala... Memang best sebab boleh rendam kaki, kepala pun boleh... tapi jangan lupa bawa pakaian lain... rebus telur pun boleh... nak buat facial muka pun boleh, guna lumut dari air takungan kolam air panas... terasa licin bila dah lumurkan lumut pada kulit muka... anda pun boleh cuba... kihkihkih....

Ke esokan harinya pukul 5.00 pagi kami ke surau untuk solat berjemaah sunat tahajud dan solat sunat taubat, solat subuh berjemaah dan ada tazkirah selepas subuh oleh ustaz Sanusi...
Alhamdulillah, selesai solat kami terus tukar pakaian sebab ada senam robik oleh cikgu Siti Salma... Memang seronok dan best.... sebab dapat keluar peluh yang lama tersimpan... kihkihkih....

 Aksi budak sekolah... kihkihkih... Kami dah sampai di Hot Spring Sg. Klah! Caiyokk!


 Nampak keseronokan di wajah Cikgu2 SMKLK kan?? kihkihkih

 Antara rakan guru : Kak B, Tim-tim, Yati, Amysu, saya dan pengantin baru Zamir the  great!!
 Sambil menunggu makan aiskrim dulu ye... kihkihkih

 rakan-rakan ibu mengandung Azmarina, kak Midah, TimTim dan Amysu




 Rakan-rakan lain : Kak Nora, Azmarina, Ibu, saya dan kak Zu.... caiyokk!!
 Rakan : Kak Maiza, Asmah.... kihkihkih
 Pewiitt! Kak Umi, Kak Mona, dan Kak Ru.... 3 Makdara pengitan... kihkihkih
 Kak solehah, kak Aishah nampak kepala je... seronoknye berendam air panas...
 Ini pengetua kami... Puan Hjh. Muslimah binti Hj. Tahir... seronok menikmati rendaman kaki... kihkihkih

 Seronok nak rebus telur... belui telor kat luar murah dan dapat banyak... kalau beli kat dalam 1 bj telur 1 ringgit...

 nak ke? tengok jelah ye... kihkihkih



 Saya nak mulakan facial lumut semulajadi ni... ni wajah sebelum dilumur...( kata cikgu Mohsin-ayat telah diubah suai oleh si penulis) kihkihkih
 Lumur lumur lumur jangan tak lumur ye.... (nak jadi cantik nak jadi cantik... kihkihkih)
 Semasa proses lumur tu kita kene sentiasa tersenyum ye barulah aura cantik tu sampai kat jiwa ye.... kihkihkih
 Lihatlah wajah ku.... COMELKAN KAK TON?!! kihkihkih... (teringat iklan kat tv tuh... pernah tengok tak??) Hansem!

 Ni on the way balik kat parking kereta ada yang naik bas, ada yang jalan kaki... tapi sama-sama sampai... kihkihkih....
 Ini sahaja yang boleh saya kongsikan kepada pembaca blog saya... keesokan harinya kami check out pukul 12.30tgh dan pulang selepas makan tgh kul 1.30tgh....

Sekian, Wasalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...