Thursday 27 June 2013

RIANG RIA 5MPV & ME... :)

بسم الله الرحمن الرحي

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Al maklumlah kebanyakan mereka telah siap ke semua projek, jadi inilah masanya mereka menghiburkan hati dengan bergambar dengan projek yang telah disiapkan.... Bila saya tanya apa perasaan bila sudah siap ke semua projek... ini jawapannya... "rasa puas dan macam dah abis spm je".... saya senyum je.... saya selalu dan sering ingatkan mereka bahawa matapelajaran lain juga penting untuk kamu pergi ke mana-mana.... Kalau dilihat dari air muka mereka saya boleh rasakan bahawa mereka ini memang sudah pasti mahukan kejayaan cuma kadangkala mereka sukar fokus atau semangat mereka kadang-kadang ok dan kadang-kadang tak ok.... :) Rajin juga senior mereka datang bercerita pengalaman mereka di tempat berlajar baru dan bercerita semasa diajar oleh saya... terharu saya... bergenang air mata saya... rupa-rupanya mereka yang lepas nih sayang kat saya...  hehehe... Walau apapun saya sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka... Ini saya kongsikan gelagat anak-anak didik saya dan saya jugak lah.... hehehe....

 jeng-jeng... :)
 Bil murid 5MPV 20 org. 16 yg di atas, 1 di letakkan di pejabat 3 in progress...
 Visual pokok di belakang tu ada maksud yang tersirat... :)
 Sesi pengambaran di hadapan dewan angsana...

"Berbekallah, sesungguhnya bekal yang terbaik adalah takwa. Bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal."

 Jelas keakraban kami kan??? :)
 LIKE TEACHER LIKE STUDENT... :)

"Mari kita lihat apa yang Allah lakukan. Apa sahaja yang Dia lakukan, Dia melakukan dengan indah!"

D
 Bersama senior 1 batch, Faiz yang kini berlajar bidang Seni Bina...
 hehehe...
 Di hadapan tu, Syed Ali Afdhal merangkap ketua @ pemimpin kelas 5MPV...

"Memanjat adalah salah satu perkara kreatif. Melalui aktiviti memanjat, saya perlu terus-menerus memecahkan masalah kerana tidak ada peta yang dapat saya ikuti bagi mendaki tebing. Kita menghadap wajah kosong sebuah tebing dan berkata kepada diri sendiri, 'Barang kali ada jalan ke atas sana dan kita perlu mencari jalan itu sendiri'."

hehehe...
 Rakan setia & rakan seperjuangan saya.... Cikgu Bama yang mengajar kelas 4MPV....
hehehe
 Firdaus yang comey, halimah yang rajin, muzammar yang banyak mulut, Syafiq yang blur2... hehehehe..


 Gadis2 ayu 5MPV...
 Rusnaina yang manis, DK yang pemalu, syafiqah yang strait to the point!... hehehe
 hehehe.. :)

"Rasa sakit bukan hanya melindungi kita, tetapi ia juga menyatukan bahagian-bahagian tubuh kita. Tanpa rasa sakit pada tangan ataupun kaki kita, bahagian-bahagian itu tidak terasa sebagai sebahagian daripada kita."

Thanxs for reading this entry...:)

dillaloveart: PAPAN TANDA BERLAMPU, CETAKAN SKRIN, KAIN RENTANG SESI 2013

www.gempaqgiler.blogspot.com#sthash.O1v6Xdk2.dpufdillaloveart: PAPAN TANDA BERLAMPU, CETAKAN SKRIN, KAIN RENTANG SESI 2013

dillaloveart: PAPAN TANDA BERLAMPU, CETAKAN SKRIN, KAIN RENTANG SESI 2013

www.gempaqgiler.blogspot.com#sthash.O1v6Xdk2.dpufdillaloveart: PAPAN TANDA BERLAMPU, CETAKAN SKRIN, KAIN RENTANG SESI 2013

Sunday 9 June 2013

WAHAI ANAK KU....




Wahai anakku,
Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat menegur engkau. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat menegur tersebut. Jika niat mu adalah untuk menghukum pihak yang tidak bersetuju dengan kamu, batallah niat menegur itu. Jika niat mu adalah untuk memalukan orang, lagilah perlu dibatalkan niat kamu. Jikalau niat mu adalah untuk menunjukkan sendiri lebih pandai, batalkan niat mu.
Jikalau niat mu untuk merendahkan pihak lawan, batalkanlah juga niat mu. Jikalau niat mu untuk lawan untuk menunjukkan kebodohan, batalkan niat mu. Jikalau engkau tidak pasti kebenaran dalam teguran yang engkau niatkan itu, tangguhkan dulu teguran kamu.

Wahai anakku,
Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana manusia dan maruah mu.

Wahai anakku,
Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur. Tegurlah pada isu yang ada di tangan. Jangan sesekali engkau cuba membangkitkan perkara yang lepas-lepas kerana ia akan merosakkan teguran yang diniatkan baik oleh engkau.

Wahai anakku,
Semasa membuat teguran, ingatlah manusia ini tidaklah sempurna walaupun sempurna ciptaan Allah. Ingatlah manusia depan mu itu pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa buruk sangka pada manusia di depanmu. Buangkan segala buruk sangka pada manusia di depanmu. Tunjukkan belas kasihan mu. Tunjukkan sifat penyayangmu. Tutupilah egomu. Dan jagalah kata-kata mu dan ayat-ayat mu.

Wahai anakku,
Jangan pula engkau ingat hanya kau yang layak menegur orang dan orang yang ditegur mu itu mesti akur dan terima teguran mu. Jangan engkau ingat mereka akan membisu menerima segala teguran kamu tanpa dijawab. Jangan engkau ingat engkau sahaja betul dalam teguran mu. Bersedialah berlawan dengan hujah. Jika engkau kasar dalam bahasa teguran mu, bersediakah menerima balik kekasaran yang serupa atau lebih buruk.

Wahai anakku,
Menegur itu mudah. Menerima teguran itu payah. Engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi akibat bisikan syaitan dan egomu kamu sering terlupa yang menerima teguran mu itu juga seorang manusia ciptaan Allah. Bisikan syaitan menyebabkanmu merasakan diri lebih tinggi ketika menegur. Egomu menyebabkan kamu terasa diserang tanpa sebab ketika ditegur sebelum menilai teguran yang diterima samada benar mahupun palsu. Beradablah ketika menegur. Dan bersabarlah ketika ditegur kerana engkau akan saling memainkan watak ini dalam hidup kamu. Pentingkan membimbing dan memberi harapan daripada mencari salah dan menghukum dalam teguranmu. Dan pentingkan kebenaran dan nilai bersyukur ketika ditegur kerana ada yang sanggup memberi pandangan untuk membaiki diri.

Senyum

Wednesday 5 June 2013

PERCUTIAN BERSAMA FAMILI TERCINTA 1-3 JUN 2013 - SWISS GARDEN GOLF RESORT & SPA, DAMAI LAUT


بسم الله الرحمن الرحي

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Percutian bersama suami dan anak-anak di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut benar-benar memberi keseronokan kpd anak-anak kami.... Seperti biasa saya akan booking awal secara online melalui 'booking .com' bulan 3 lagi... Perkara yang paling penting untuk anak-anak kami adalah kolam renang yang cantik dan selesa... Perkara lain yang saya titikberatkan ialah pemilihan bilik yang mengadap laut dan kolam renang, keadaan bilik yang selesa, juga suasana yang tenang dan mendamaikan... 3 hari di sana seolah-olah tidak cukup untuk menikmati ketenangan dan kedamaian bersama suami dan anak-anak tercinta..... Memandangkan 31 Mei yang lalu adalah Hari Ulang Tahun perkahwinan kami yang ke 10 tahun... Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi rezeki, kesihatan dan kebahagiaan kepada kami... Di sini kami kongsikan pengalaman dalam bentuk gambar... :)




 Inilah permata hati saya dan suami... Balqis, Aqil, Damia dan Nurul....:)























 Gelagat empat orang anak-anak kami....

















 Ronda-ronda di Lumut Water Front...












































  Thanxs reading this entry.... kikiki...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...