NOTA SENI REKA TANDA
1. ASAS REKA BENTUK
2. MUKATAIP
3. PAPANTANDA GORESAN PERSPEK
4. PAPAN TANDA VINIL
6. CETAKAN
SKRIN UNTUK FABRIK DAN PERSPEK
7. SEMBURAN
ANGIN (AIRBRUSH)
8. PAPAN TANDA
BERLAMPU
9. MEMASANG
PAPAN TANDA VINIL / BERLAMPU
10. REKA BENTUK
BANTUAN KOMPUTER (CAS)
11.
KEUSAHAWANAN
MODUL 1. ASAS REKA BENTUK
- GARISAN
- JALINAN
- RUPA
- BENTUK
- RUANG
- WARNA
RODA WARNA
WARNA DALAM
RODA WARNA
1. Warna asas (Primer) = Merah, Biru, Kuning.
1. Warna asas (Primer) = Merah, Biru, Kuning.
2. WarnaKedua
(sekunder) = Kombinasi dua warna asas
3. Warna Ketiga
( Tertier ) = Kombinasi satu warna asas dan satu warna
sekunder
Cara Membuat
roda Warna
1. Membuat
dimensi roda warna mengikut ukuran dengan tepat dan kemas
2. Bancuhkan
warna asas, warnakan pada ruang/petak yang betul dengan kemas dan seragam.
3. Bancuhkan campuran kombinasi 2 warna asas (
Sekunder), warnakan pada ruang/petak yang betul dengan kemas dan seragam
4. Bancuhkan campuran kombinasi 1 warna asas dan satu warna
sekunder ( tertier ), warnakan pada ruang/petak yang betul dengan kemas dan
seragam
5. Untuk tujuan pengemasan semburkan cat kilat pada roda
warna yang telah siap.
LOGO
Sifat Logo yang
baik
1. Direka
seringkas mungkin
2. Mempunyai
identiti tepat untuk sesuatu organisasi
4. Dapat
menyampaikan penerangan tentang asal, nilai dan kualiti.
5. Menggunakan
warna yang minimun (dua atau tiga warna)
Jenis-jenis logo
1. Logo Huruf.
2. Logo
Representasi
3. Logo Huruf
dan Representasi
4. Logo Simbol
Contoh
Logo yang sesuai/ sempurna
1. saiz
bersesuaian dengan logo
2. warna latar
belakang logo dan penghurufan yang kontras
3. logo simbol
yang digunakan berkaitan dengan penghurufan.
4. Muka taip
yang sesuai digunakan (mudah dibaca)
4. kedudukan
logo simbol dan penghurufan dalam keadaan simetri.
Contoh Logo
yang tidak sesuai / tidak sempurna
1. Penggunaan simbol yang terlalu besar
2. huruf dan simbol yang tidak seimbang
3. penggunaan
warna yang tidak sesuai
4. simbol yang
tidak berkaitan dengan penghurufan
MODUL
2. TATA LETAK PENGHURUFAN (KAIN RENTANG)
Prosedur membuat kain rentang
- Buat reka bentuk tata letak
tulisan kain rentang dengan menggunakan komputer.
- Cetak
rekaan kain rentang tadi pada tranferansi.
- Rentangkan kain pada dinding dan
klipkan .
- Panca rekaan tadi menggunakan
“OHP” pada kain rentang
- Laraskan imej pada kain rentang
supaya imej tepat/tidak kabur
- Lakar imej yang terbentuk pada
kain dengan mengunakan pensil
- Tanggalkan kain rentang tadi dan
hamparkan pada meja kerja.
- Warnakan
kain rentang tadi mengikut warna yang sesuai.
- Biarkan
ia kering
Kaedah membuat kain rentang
- Menggunakan
“OHP”
- Menggunakan
cetakan skrin
- Menggunakan
stensil
- Menekap di atas kain rentang yang
telah siap
- Menggunakan
“injet ploter”
Muka Taip
- Serif
- San
Serif
- Text
- Skrip
- Dekoratif
Penjagaan Berus Tanda Tulis
- Jangan tinggalkan warna kering
pada bulu berus
- Basuh berus tanda tulis setiap
kali selepas digunakan.
- Keringkan bulu berus tanda tulis
sebelum disimpan di dalam kotak.
- Urut dengan sedikit minyak bagi
mengelakkan bulu berus bersepah.
- Jangan berdirikan berus dengan
bulu ke bawah untuk menggelakkan bulu berus bengkok.
MODUL 3. GORESAN
DAN KERJA PERSPEK
Prosedur membuat papan tanda goresan
perspek
- Potong perspek mengikut ukuran
yang diberi.
- Buat rekabentuk grafik mengunakan
komputer atau secara manual
- Cetak
rekabentuk pada kertas.
- Pindahkan
rekabentuk dari kertas pada perspek dengan imej terbalik mengunakan kertas
karbon / KOTAK CAHAYA
- Potong
imej menggunakan pisau grafik mengikut warna yang hendak dispray dahulu.
Utamakan warna gelap dahulu kemudian warna yang cerah.
- Semburan cat secara berperingkat
sekurang-kurangnya tiga lapisan cat.
- Biarkan
ia kering.
- Tanggalkan imej yang terpotong
pada perspek.
- Ulang langkah 6 dan 7 sehingga
semua bahagian telah disembur dengan cat mengikut warna yang dikehendaki
![](http://4.bp.blogspot.com/-FWo98RlYRRA/ThfSiXjCgAI/AAAAAAAAAK0/C9NyqHaUeH0/s200/IMG_0250.jpg)
Langkah kerja
memotong perspek dengan betul
- Tandakan
ukuran dan buat garisan pada perspek dengan mengunakan pembaris .
- Dengan
menggunakan pembaris besi, letakkan ditepi garisan dan potong dengan
menggunakan pisau pemotong perspek.
- Potong dengan perlahan dan tekanan
yang sederhana.
- Potong berulang-ulang sehingga
kedalaman pemotongan 1/3 daripada ketebalan perspek.
- Letakkan garisan pemotongan ditepi
meja yang bersudut tepat dan patahkan
- Kikir pada tepi perspek untuk
kemasan.
MODUL 4; PAPAN
TANDA VINIL
Prosedur membuat papan tanda vinil
- Potong
policarbonat mengikut ukuran yang diberi.
- Buat rekabentuk grafik menggunakan
komputer atau secara manual.
- Potong vinil mengikut saiz
policarbonat tadi atau mengikut imej.
- Tanggalkan lapisan plastik pada
policarbonat dan bersihkan.
- Sembur
air sabun pada permukaan policarbonat tadi sehingga rata.
- Tanggalkan kertas pada pelekat
vinil.
- Lekatkan vinil tadi pada permukaan
policarbonat.
- Dengan menggunakan skuji tolak
gelembung udara pada permukaan vinil tadi sehingga rata.
- Lap
dan biarkan ia kering
- Letakkan
pelekat pada belakang kertas rekabentuk menggunakan “spray mount” dan biarkan
ia kering seketika.
- Potong vinil menggunakan pisau
grafik pada lakaran rekabentuk tadi.
- Tanggalkan vinil yang tidak
diperlukan.
- Bersih
dan kemaskan papan tanda vinil tersebut
MODUL 5. PAPAN TANDA SEMBURAN SEMBURAN CAT
Langkah keselamatan semasa membuat
semburan cat
- Gunakan
“mask” topeng pernafasan semasa membuat semburan cat.
- Pakai
pakaian yang sesuai
- Pakai
sarung tangan
- Pakai
kasut keselamatan
- Suis
“on” exzos fan dan buka tingkap bagi membolehkan peredaran udara
- Jangan
bermain semasa membuat semburan cat.
- Pastikan
rakan anda berada jauh dari kawasan semburan.
- Memberi tumpuan semasa membuat
kerja semburan cat.
Prosedur membuat papan tanda semburan cat
Membuat semburan cat pada
latar belakang papan tanda
- Potong
zink mengikut ukuran yang dikehendaki.
- Gosok
permukaan zink dengan kertas pasir dan bersihkan.
- Pasangkan kompresor dan periksa
sambungan supaya dipasang dengan betul
- Sambungkan hos angin pada tolok
angin dan spray-gun.
- Campurkan cat dengan tinner 1:1
mengikut kesesuaian kelikatan cat, dalam takungan cat dan kacau sehingga
rata.
- Isikan
¾ penuh takungan cat pada spray-gun dan ketatkan.
- Uji dan laras semburan sehingga
mendapat atomization yang sesuai.
- Buat semburan cat pada zink
secara berperingkat-peringkat.
- Biarkan
ia kering
- Cuci
spray-gun selepas digunakan dengan menggunakan bahan pelarut
Langkah kerja membuat semburan cat
pada imej dan penghurufan
- Reka bentuk imej dan penghurufan
dengan menggunakan komputer atau manual.
- Potong vinil mengikut imej atau
penghurufan dengan menggunakan plotter atau secara manual.
- Bersihkan
permukaan panel dan tampalkan vinil dengan menggunakan air sabun.
- Laraskan imej dan penghurufan
mengikut tata letak yang bersesuaian.
- Ratakan
vinil dengan menggunakan skuji.
- Biarkan
ia kering.
- Sediakan
peralatan membuat semburan cat
- Buat semburan cat pada panel
dengan kaedah yang betul. Sekurang-kurangnya tiga
lapisan.
- Biarkan
ia kering
- Tanggalkan vinil menggunakan
penyepit/pisau dengan berhati-hati.
- Bersihkan
dan buat kemasan pada tepi papan tanda semburan cat.
Jika
semburan tidak seimbang, kemungkinan sebab berikut
·
Kekurangan cat di dalam taking
·
Kedudukan taking serong
·
“nozzle’ tersumbat
·
Paip penyedut longgar atau rosak
·
Seal yang rosak
·
Campuran cat terlalu pekat
·
Lubang angin pada takung tersumbat
·
Paip peyambung rosak atau tersumbat
·
‘Seal’ pada jarum rosak atau longgar.
MODUL 6 CETAKAN SKRIN
Langkah kerja
cetakan skrin
- Mereka
Bentuk Hasil Kerja
- Memindahkan Hasil Kerja Pada
Kertas Surih
- Membina Dan Memasang Skrin Kepada
Kerangka
- Menyapu
Foto Emulsi Pada Skrin
- Mendedahkan Imej Pada Skrin Foto
Emulsi
- Jenis
Pencelup Dan Dakwat
- Mencetak Imej Yang Ada Pada Skrin
Ke Fabrik Atau Perspek
- Membersihkan
Skrin
Langkah kerja memasang sutera saring
pada kerangka
- Potong
sutera dengan ukuran yang tepat dan basahkannya
- Renggangkan
skrin sutera pada bingkai dan klipkan dengan teknik yang mengikut urutan
yang betul
Langkah menyapu
foto emulsi pada skrin sutera
- Sediakan
campuran foto emulsi dan sensitizer dengan nisbah 10:1 ( dilakukan di
dalam bilik gelap dengan bantuan cahaya merah.
- Ratakan
campuran emulsi ke atas skrin sutera dengan menggunakan screen coater
- Keringkan
skrin sutera yang telah disapukan dengan campuran foto emulsi menggunakan
pengering rambut atau kipas angin
Langkah kerja membuat bingkai
- Potong
kayu mengikut ukuran yang ditentukan.
- Potong
sudut 45° pada hujung kayu
- Sambung kayu sehingga menjadi
segiempat tepat dan pakukan.
- Gosok
dengan kertas pasir sehingga licin pada tepi kayu
Langkah kerja membuat pendedahan imej ke atas skrin foto emulsi
- Ambil kotak cahaya dan letak
kertas surih yang telah dihitamkan imejnya di atas cermin kotak cahaya.
- letak skrin foto emulsi atas
kertas surih tersebut
- tutup skrin dan kertas surih tadi
dengan kain yang bewarna hitam atau gelap
- buka lampu kotak cahaya mengikut
waktu yang ditetapkan.
- setelah sampai waktu yang sesuai,
matikan lampu kotak cahaya dan sembur skrin foto emulsi dengan pancutan
air yang kuat dan tajam untuk mendedahkan imej
- setelah imej telah terdedah, jemur
skrin foto emulsi itu sehingga kering.
Langkah mencetak imej pada fabrik atau plastik
- potong fabrik dan letak skrin foto
emulsi atas fabrik itu dan pencelup pewarna (dye) atas skrin foto emulsi
- ratakan
pencelup warna itu dengan sekuji
- setelah
imej telah dicetak, keringkan hasil cetakan dengan pengering rambut atau
menjemur di tengah panas.
Prosedur membuat kerja membuat
cetakkan skrin
- Mereka bentuk hasil kerja
menggunakan komputer atau manual.
- Memindahkan
hasil kerja pada kertas surih atau tranferansi.
- Menghitamkan
imej
- Buat
bingkai menggunakan kayu yang dipotong mengikut ukuran.
- Basahkan
kain sutera dan klipkan kain sutera tadi pada bingkai mengikut turutan
supaya kain sutera tadi menjadi regang.
- Bancuh foto emulsi dan sensitiser
mengikut nisbah 10:1 (dilakukan dalam bilik gelap)
- Uji bancuhan tadi menggunakan
bingkai yang lain untuk mengukur masa yang tepat untuk pendedahan cahaya.
- Menyapu
dan meratakan campuran foto emulsi dengan kemas pada skrin sutera.
- Keringkan dengan menggunakan
pengering “hairdryer”
- Letakan hasilkerja reka bentuk
tadi pada kotak berlampu.
- Letakkan skrin sutera pada imej
tadi.
- Dedahkan
pada cahaya mengikut masa yang ditentukan.
- Semburkan
dengan pancutan air yang sederhana pada imej sehingga imej terbentuk pada
skrin sutera.
- Jemur
hingga kering.
- Bentangkan
kain di atas meja dan regangkan.
- Letakkan
cetakan skrin tadi pada permukaan kain dan letakkan perwarna (Fabrik dye).
- Ratakan perwarna tadi menggunakan
skuji.
- Angkat cetakan skrin dan biarkan
imej kering.
Jenis pencelup / dye
- Bagi
cetakan di atas kertas gunakan pencelup skrin kertas atau warna
poster atau warna air
- Bagi
cetakan di atas kain gunakan jenis pencelup kain (fabric dye)
- Bagi
cetakan di atas plastik, kaca, perspek dan kulit gunakan dakwat khas iatu
dakwat pv (poli vinyl)
- Bagi
proses mencetak di atas kain dan mendapatkan kesan timbul pada imej yang
dicetak gunakan pencelup (emboss dye)
- Bagi
proses biaa mencetak tetapi ynruk mendapatkan kesan lebih baik dari
pencelup warna kain (fbric dye) gunakan pencelup (rubber dye)
- Bagi
proses mencetak huruf dan pemukaan fabrik yang gelap gunakan pencelup atau
dakwat tanpa warna (white reducer)
- Pencelup warna yang digunakan
hendaklah pekat. Terdapat dua jenis pencelup utama iaitu boleh dicuci dan
dilarutkan dengan air dan pencelup warna berminyak yang memerlukan spirit
jernih (wood spirit) untuk mencampur atau mencairkannya yang bertujuan utk
cuci skrin
- Pencelup pv hendaklah menggunakan
bahan kimia pembantut retarder bertujuan untuk memperlambatkan masa
pencelup itu kering dan juga boleh digunakan untuk mencuci skrin sebagai
bahan penanggal.
MODUL 7 SEMBURAN ANGIN (AIR
BRUSH)
Peralatan utama
- Handpiece
- Kompressor
- Penapis
Jenis-jenis handpiece
- Gravity
feed
- Bottom
feed
- Side
feed
Jenis kompressor
- Kompressor
diaphgram
- Kompressor
piston
Penapis angin
- Penapis
between line
Langkah membuat semburan angin
- Sediakan peralatan semburan angin
dengan tekanan angin pada 35-40 psi
- Pindahkan
gambarajah pada bod ilustrasi
- Melekat
‘masking film’ pada gambarajah
- Memotong garisan gambarajah dengan
pemotong grafik
- Menyembur gambarajah mengikut
lapisan ‘masking film’
langkah membuat semburan pada sfera
- potong
ilustrasi bod, lukis petak dan lukis sfera di dalamnya.kemudian tampal
masking Film atas bod tersebut
- potong masking film mengikut
garisan bulatan
- buka masking film bahagian bulatan
yang telah dipotong tadi
- tentukan
kesan pengcahayaan pada bulata, semburkan tona cerah berdekatan arah
cahaya
- semburkan
tona gelap mengikut bentuk bulatan pada bahagian yang jauh dari cahaya
- sembur
secara ringan dan secara berhenti-henti pada bahagian gelap dan cerah
dalam bulatan. buang semua masking film bila semburan kering.
Langkah menyelenggara alatan
semburan angin
- Pastikan hand piece dicuci setiap
kali digunakan
- Elakkan daripada cat kering dalam
takungan hand piece
- Spray regulator, tip dan head
hendaklah dibuka dan direndam dalam cecair pembersih sehingga baki warna
yang melekat terkeluar.
- Jarum mestilah dijaga dengan baik,
dicuci dan dibersihkan dengan kain lembut atau kertas tisu.
- Apabila jarum dimasukkan,
sebaiknya meletakkan jari tengah di tepi lubang jarum dan masukkan
pelahan-lahan.
- Alat hand piece yang telah dicuci
dengan cecair pembersih hendaklah dibilas dengan air sebelum disimpan. Ini
mengelakkan daripada hakisan ammonia pada logam hand piece.
- Paras minyak dalam kompresor
hendaklah sentiasa diperiksa. Tambah minyak
jika perlu.
MODUL 8. PAPAN
TANDA BERLAMPU
Langkah kerja
membuat papan tanda berlampu
- Menyediakan
huruf dan grafik pada panel Tanda jenis tembus cahaya pada kepingan
perspek atau polikarbonat
- Membuat
kerja kimpalan arka ringan dalam penyediaan rangka papan tanda berlampu
- Membuat
keja pendawaian lmpu pendaflour
- Memasang
panel tanda kepada kerangka
- Memasang
papan tanda berlampu
![](http://1.bp.blogspot.com/-6JmvAxEiDNs/ThfHAffJcAI/AAAAAAAAAHg/DZJWtASSLaA/s200/IMG_0077.jpg)
Langkah kerja membina kerangka PTB
- Mulakan
kerja dengan menyediakan dua kerangka penghujung mengikut ukuran dengan
tepat
- Pastikan
sudut kerangka adalah tepa 90 darjah.
- Ukur dan potong tiub keluli
mengikt panjag keseluruhan rangka
- Lakukan kerja kimpalan arka untuk
menyiapkan kerangka berkotak
- Menyediakan penyokong tetengah
untuk memasang katu beloti
- Klip 25mm dipasang pada kayu
beloti untuk memegang tiau lampu pendafflour
- Kerangka
dicat kemas dengan lapisan cat asas dan lapisan cat penghabisan
- Menutup sisi dan belakang kerangka
dengan kepingan zink @ colorbond dengan rivet.
![](http://4.bp.blogspot.com/-dZjaGTNx8ho/ThfIa4ti1cI/AAAAAAAAAH4/0MUfXklXAy0/s200/IMG_0277.jpg)
Langkah kerja membuat pendawaian
pendaflour
- Memasang
komponen ditempat yang disediakan ( pada kayu beloti bahagian dalam
kerangka PTB)
- Membuat pendawaian komponen
mengikut cara pendawaian litar yang betul
- Membuang
tebatan kabel dan pengakhiran pengalir di punca komponen
- Pembumian
pada kerangka
- Kesempurnaan
pemasangan tiub berlampu
- Membuat
ujian keterusan
- JANGAN
MEMBERI BEKALAN ELETRIK pada lampu pendafflour yang siap didawai tanpa
pengetahuan guru
Modul 10.
MEMASANG PAPAN TANDA
Kerja memasang
panel tanda pada kerangka
- Kepingan panel diletak atas
kerangka untuk mendapatkan saiz yang sama
- Bingkai alluminium sudut L diukur
dan dipotong mengikut saiz permukaan hadapan kerangka
- Pada empat penghujung kerangka
dikemaskan dengan tanggam serong
- Pada tiga sisi kerangka, bingkai
alluminium dirivet tetap,
- Kecuali sisi penghujung dipasang
skru supaya panel perspek boleh digerakkan keluar dari kerangka.
Langkah kerja
memasang papan tanda berlampu
- Memilih tempat yang sesuai untuk
memasang papan tanda
- Tanda
kedudukan braket pada permukaan tembok rata, pastikan bahawa kedudukan lintang
antara braket adalah sama aras
- Mematuhi
langkah keselamatan semasa menggunakan tangga da gerudi impact
- Pilih
mata gerudi mansory’ yang sesuai untuk saiz ‘expansion bolt’ yang
digunakan
- Papan
tanda diletakkan pada braket yang telah siap dipasang
- Pastikan bahawa papan tanda yang
dipasang adalah kukuh.
MODUL
11. MENGURUS PERNIAGAAN
Apa itu Rancangan Perniagaan
(Business Plan)
- Satu
dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau
projek yang hendak dijalankan.
- Merupakan
pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat
dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan
perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi
perniagaan.
Kegunaan
Rancangan Perniagaan disediakan oleh
bakal usahawan dan perniagaan yang sediada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti
berikut :
- Membolehkan
usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan
praktikal.
- Menjadi
garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
- Mengkaji
dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau
sebaliknya.
- Meyakinkan
pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi
cadangan pembiayaan.
- Mengagihkan
sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan
- Rekod dan data dalaman sesebuah
perniagaan
- Statistik
- Data ekonomi
- Data perdagangan
- Penyelidikan pasaran
No comments:
Post a Comment