Monday 7 May 2012

TIADA JALAN YANG PALING BAIK SELAIN JALAN UNTUK MENDEKATI ALLAH



Assalamualaikum...


TERKADANG JIWA TERGERAK KERANA SATU DORONGAN TERTENTU, SEDANGKAN IA MEMPUNYAI KUNCI UNTUK MEMBUKA BELENGGU YANG MENGIKATNYA.

Tahukah anda apa bahagia itu? Adakah ia terletak pada harta yang banyak atau jawatan yang tinggi? Untuk menjawab soalan ini, eloklah kita cuba perhatikan keadaan wanita berikut :

Pasangan suami isteri sedang bertengkar amat sengit, si suami berkata : "Aku akan buat engkau susah!" Si isteri menjawab dengan tenang : "Anda tidak akan mampu." Suaminya berkata : "Mengapa tidak?" Si isteri menjawab : "Jika kebahagiaan terletak pada harta, maka anda boleh menahannya dariku. Jika kebahagiaan terletak pada perhiasan, maka anda boleh menghalangnya supaya tidak sampai kepadaku. Kebahagiaan itu bukan pada apa yang anda miliki, atau yang dimiliki manusia lainnya. Tetapi kebahagian itu akan temukan pada keimananku di dalam hati. Dan hatiku tidak ada yang boleh menguasai kecuali tuhanku."

Benar! itulah kebahagiaan yang sebenar, yakni kebahagiaan iman. Tidak ada yang merasakannya kecuali orang yang hatinya, jiwanya dam fikirannya mengalirkan cinta kepada Allah. Yang mempunyai kebahagiaan sejati adalah Dia yang Maha Esa, maka mohonlah kebahagiaan dariNya dengan ketaatan.

Tidak ada cara untuk memperolehi kebahagiaan melainkan dengan mengikuti ajaran agama yang benar, iaitu agama yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w. Sesiapa mengetahui jalan ini, maka tidak akan jadi masalah baginya sama ada tidur di dalam pondok, berbantalkan jerami atau hanya makan sepotong roti, tetapi ia menikmati dan bahagia di dunia.

Orang-orang yang melencong dari jalan ini, maka hari-harinya akan dihiasi dengan kesedihan , hartanya akan menjadi beban, amal perbuatannya kan merugikan, dan hujungya ia tercampak dalam keadaan terhina.

Pedoman Hidup

Memang tidak dinafikan harta perlu untuk menjalani hidup, tetapi kita hidup di dunia bukanlah semata-mata mencari harta.
"Ya Allah sesungguhnya aku memohon afiat dan kesihatan, anak yang soleh dan solehah, anak yang baik, anak yang berjaya di dunia dan akhirat, semoga kami tergolong di kalangan hambamu yang soleh dan solehah... amiin..."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...